Building Opportunities With Drone.See how we can help

Apakah Mod ATTI pada Dron DJI?

Apakah Mod ATTI pada Dron DJI? November 28, 2020

Teknologi dron pada hari ini telah bertambah maju dan teknologi terkini menjadikan dron semakin pintar. Banyak dron terkini dilengkapi pelbagai sensor dan mampu melakukan fungsi secara automatik seperti mengelak halangan (obstacles avoidance) dan melakukan penerbangan pintar (intelligent routing). Namun, kemahiran kawalan dron yang baik adalah sangat perlu jika berlaku kegagalan fungsi sensor sewaktu penerbangan.

Sebagai contoh apabila sensor tidak dapat berfungsi seperti sepatutnya ia akan menyebabkan dron DJI anda masuk ke mod ATTI. Pada pemilik dron DJI, mungkin anda pernah mengalami mod ini secara tiba-tiba ia muncul dan menjadi sukar untuk mengawal dron. Apakah sebenarnya mod ATTI dan bilakah ia akan teraktif? Haruskah anda terus terbang jika dron teraktif ke mod ATTI? Semua soalan tersebut akan dijawab di dalam artikel ini.

Apakah mode ATTI?

Secara mudah mod ATTI bermaksud “Attitude Mode” pada dron DJI anda. Menerbangkan dron dalam mod ATTI adalah sangat bergantung kepada orientasi dron yang mempengaruhi arah penerbangan tertentu. Mod ATTI biasanya teraktif apabila dron hilang isyarat GPS. Mod ATTI ini selalu boleh diperhatikan pada 2 atau 3 saat pertama semasa dron dihidupkan.

Mod ATTI juga boleh teraktif apabila sistem kompas dron tidak berfungsi dengan betul atau mengalami gangguan disebabkan dron berada dekat dengan sumber magnetik atau stuktur permukaan metalik/besi. Apabila ini berlaku, sistem kompas perlu dikaliberasi sebelum dron boleh diterbangkan semula.

Tanpa perhubungan GPS, dron tidak boleh mengekalkan posisi secara mendatar (horizontal). Ini bermakna ia akan hanyut(drift) bergerak mengikut arah tiupan angin. Namun dron masih boleh mengekalkan posisi menegak (vertical) dengan bantuan sistem sensor barometrik. Ini bermakna, pergerakan mendatar masih boleh dikawal oleh dron pilot. Sistem brek automatik juga dinyahaktif pada mod ATTI, dan dron akan mengalami lajakkan sebelum dapat berhenti sepenuhnya.

Dron yang memasuki mod ATTI memberi masalah terutamanya kepada dron pilot “newbies” atau yang baru belajar. Tanpa bantuan GPS atau sebarang sistem posisi visual, dron akan mudah hilang kawalan, berlanggar atau terhempas. Mengetahui orientasi dan arah dron dengan tepat adalah suatu yang mencabar, terutama jika dron diterbangkan terlalu jauh iaitu tidak berada dalam jarak penglihatan dron pilot.

Apa yang menarik adalah “newbies”  biasanya akan menghadapi masalah apabila dron masuk ke mod ATTI, namun sebaliknya “expert pilot” lebih gemar menggunakan mod ATTI berbanding mod GPS. Apakah sebab disebalik perkara ini berlaku? Adakah menerbangkan dron dalam mod ATTI sesuatu yang menakutkan dron pilot atau sesuatu yang sepatutnya dron pilot perlu menjadikan ia suatu kebiasan.

Bagaimana mod ATTI berbeza dengan lain-lain mod penerbangan dron DJI.

Untuk memahami mod ATTI secara mendalam, adalah baik untuk melihat kepada mod “standard” penerbangan dron DJI beroperasi. Dron DJI biasanya akan berada dalam mod “P” iaitu “Positioning Mode”. Ini bermakna sistem dron menggunakan pelbagai sensor yang ada bagi membantu menentukan dan mengekalkan posisi pesawat dron.

Pada situasi terbaik, dron akan berada dalam mod P-GPS. Dalam mod ini, sistem dron mengunakan kedua-dua sistem sensor GPS dan sensor visual bagi membolehkan pesawat dron mengekalkan posisi mendatar dengan melawan daya tolakan (drifts) disebabkan oleh tiupan angin. Bergantung kepada model dron, beberapa sensor visual lain juga membantu mengesan dan mengelak halangan di sekitar laluan pesawat dron.

Jika dron hilang perhubungan/isyarat GPS tetapi masih lagi boleh mengesan objek menggunakan sensor visual, maka dron akan masuk ke mod P-OPTI. Namun, sensor visual tidak dapat berfungsi dalam keadaan gelap atau mengesan permukaan biasan cahaya dan permukaan corak berulang. Selain itu, mod P-OPTI akan dinyahaktif apabila dron berada lebih 8 meter ketinggian kerana sensor visual pandang ke bawah tidak lagi dapat mengesan permukaan bumi/lantai.

Satu lagi mod “standard” dron DJI adalah mod “Sport” membolehkan dron terbang pada kelajuan maksimum. Mod ini akan menyahaktif semua ciri keselamatan termasuk sistem sensor visual dan sistem “infrared”. Namun, sistem sensor GPS masih lagi digunakan untuk meningkatkan prestasi kestabilan penerbangan yang memastikan dron dapat tetapan GPS.

Kenapa mod ATTI dikaitkan dengan Flyaways?

Mode ATTI telah mendapat reputasi yang buruk dan sering dikaitkan apabila Flyaways berlaku kepada dron. Flyaways berlaku apabila dron hilang kawalan oleh dron pilot yang biasanya dron terbang jauh dari jarak yang sepatutnya.

Flyaways juga biasanya berlaku apabila dron secara tiba-tiba hilang perhubungan atau isyarat GPS seterusnya dron masuk ke mod ATTI. Untuk pilot baru, ini adalah situasi yang tidak disangka-sangka dan menyebabkan mereka tidak tahu untuk membuat tindakan. Tanpa petunjuk GPS, tiada cara automatik untuk mengaktifkan fungsi Return-to-Home (RTH). Dron juga akan hilang kestabilan posisi mendatar bermakna dron akan mudah hanyut ditolak mengikut arah tiupan angin yang kuat.

Apabila dron bertukar ke mod ATTI, dron akan terbang mengikut orientasi dan arah tertentu. Perubahan secara tiba-tiba ini memberi kejutan kepada dron pilot. Keadaan ini memerlukan dron pilot mengambil masa untuk mendapatkan orientasi dan arah kawalan dron yang betul. Saat ini akan menyebabkan dron pilot tidak mampu menentukan bagaimana untuk membawa dron kembali ke lokasi pelepasan asal (Home).

Apa kelebihan terbang dengan mod ATTI?

Disebalik kesukarannya, ramai dron pilot professional lebih gemar terbang dengan mod ATTI dan mendapatkan cara mengaktifkannya secara manual. Berikut adalah antara kelebihan menerbangkan dron dengan mod ATTI:

1. Rakaman yang lebih lembut, kemas dan lancar

Menerbangkan dron dengan mod ATTI dapat mengurangkan rakaman tersangkut-sangkut yang disebabkan oleh pembetulan berterusan GPS untuk menstabilkan posisi mendatar dron. Tiadanya brek automatik juga akan menjadikan dron bergerak perlahan sebelum berhenti dengan lancar dan kemas. Pergerakkan dron ini dipengaruhi oleh lajakkan (inertia) sebelum berhenti secara semulajadi. Kesan ini menghasilkan rakaman yang lembut, lancar dan kemas. Bagi ramai dron pilot professional yang terlibat dalam industri filem, kebolehan menerbangkan dron dengan mod ATTI adalah mereka yang selalu dicari.

2. Satu teknik latihan yang baik

Dron pilot pengalaman selalu menasihatkan dron pilot baru untuk biasakan diri menerbangkan dron dengan mod ATTI. Berlatih dengan mod ATTI adalah bijak memandangkan kehilangan isyarat GPS sewaktu menerbangkan dron adalah tidak dapat dielakkan. Oleh itu, Flyaways boleh berlaku kerana dron pilot tidak tahu bertindak apabila sistem dron secara tiba-tba memasuki ke mod ATTI. Dengan latihan yang cukup, dron pilot akan mampu mengawal dron secara melawan atau mengikut arah tiupan angin dengan baik.

3. Keperluan untuk penerbangan dron dalam bangunan.

Bagi dron pilot professional, kebolehan menerbangkan dron dalam bangunan adalah suatu kemahiran yang perlu ada. Tidak kira untuk membuat rakaman secara langsung atau tujuan pengiklanan hartanah, menerbangkan dron dalam bangunan adalah satu kemahiran tambahan yang bernilai kepada dron pilot. Menerbangkan dron dalam bangunan bermakna tiada perhubungan isyarat GPS. Oleh itu ketiadaan kestabilan mendatar mampu menyebabkan berlaku hanyutan yang disebabkan oleh sidikit tiupan angin dari tingkap atau tiupan angin dari kipas siling.

Walaupun dron DJI anda mungkin ada beberapa sensor yang dapat mengesan halangan, hanyutan tidak dijangka masih menjadi cabaran kepada sistem pengesan halangan automatik. Oleh itu, perkara terbaik adalah dengan membina kemahiran kawalan dron membolehkan anda menerbangkan dron dalam bangunan dengan menggunakan mod ATTI.

4. Mengelakkan dron Flyaways

Seperti penjelasan di atas, Flyaways terjadi setelah sistem dron memasuki mod ATTI biasanya berlaku disebabkan oleh dron pilot tidak tahu apa yang perlu dilakukan ketika sistem dron kehilangan isyarat GPS. Berlatih dengan menggunakan mod ATTI dapat membiasakan dron pilot dan memberi pengalaman ketika dron hanyut oleh tiupan angin. Dengan kemahiran ini, anda sebagai dron pilot akan dapat mengawal dron untuk kembali ke lokasi pelepasan asal (Home) dengan selamat walaupun menerbangkan dron dengan mod ATTI adalah suatu yang mencabar.

Model Dron DJI manakah mempunyai mod ATTI?

Dron DJI Phantom adalah direka untuk dron pilot professional dalam industri fotografi dan perfileman. Mod ATTI dron phantom boleh ditukar dengan hanya menolak suis yang berada pada peranti kawalan (remote conteller). Fungsi ini diketahui ramai dan digunakan secara meluas menjadi sebab utama dron DJI Phantom antara dron gred-professional yang popular beberapa tahun kebelakangan ini.

Dron pengguna seperti DJI Mavic dan DJI Spark juga didatangkan dengan mod ATTI. Perbezaannya adalah ia tidak boleh diaktifkan secara manual. Sebaliknya, dron ini akan memasuki mod ATTI secara automatik apabila sistem dron hilang perhubungan isyarat GPS. Ini adalah punca mengapa banyak dron jenis ini mengalami Flyaways setelah dron masuk ke mod ATTI. Tanpa dapat melakukan pertukaran mod secara manual ke mod ATTI menjadikan dron pilot selalu mendapat kejutan dan tidak tahu mengambil tindakan sewajarnya.

Bagaimanapun, cara untuk mengatasi masalah ini telah dibangunkan untuk dron DJI Mavic dan DJI Spark yang ingin diterbangkan dengan mod ATTI. Dengan mengunakan perisian DJI Assistant 2, dron pilot boleh menukar salah satu suis mod penerbangan – biasanya suis mod Sport diganti kepada mod ATTI. Pertukaran ini mengubah pilihan mod standard pada dron  seterunya membolehkan dron pilot mengaktifkan mod ATTI secara manual. Konfigurasi ini juga terdapat pada dron model DJI Mavic 2 yang telah dilancarkan selepas model Mavic dan sangat popular ketika ini.

Bagaimana untuk terbang dron dengan mod ATTI

Menerbangkan dron dengan mod ATTI akan mengambil sedikit masa untuk anda membiasakan diri dan berikut adalah beberapa tip yang kami peroleh dari dron pilot pengalaman:

1. Berlatih dengan dron murah tanpa GPS

Walaupun anda sangat teruja untuk terus mengaktifkan mod ATTI pada dron DJI, namun menerbangkan dron dengan mod ATTI tanpa latihan boleh mengundang kemalangan. Menggunakan dron murah adalah berisiko rendah untuk berlatih mod ATTI. Dron mainan biasanya tidak mempunyai modul GPS dan saiznya yang kecil menjadikan ia mudah hanyut (drifting). Kemahiran mengawal dan bertindak melawan arah tiupan angin adalah sangat baik dan sesuatu yang anda perlu mahir apabila menerbangkan dron mahal dengan mod ATTI.

2. Mendapatkan segera orientasi penerbangan dron  (secara bantuan kamera, kekal dalam jarak penglihatan – VLOS)

Cabaran lain apabila menerbangkan dron dengan mod ATTI adalah untuk menentukan orientasi anda berbanding arah oreintasi dan pergerakan dron. Jika anda tidak berjaya mahir teknik ini, secara praktikalnya anda tidak akan boleh membawa kembali dron ke lokasi pelepasan asal(Home) dengan selamat.

Cara yang paling cepat untuk mendapatkan oreintasi adalah kawalan secara berpandukan “live-feed” rakaman pada skrin paparan peranti kawalan(remote controller). Sekiranya anda dapat mengenali beberapa petunjuk (landmark) seperti bangunan, pokok dll yang dapat menunjuk kepada arah penerbangan, anda seharusnya mampu untuk membawa dron kembali dengan lebih mudah.

Cara lain adalah dengan mengetahui oreintasi secara visual iaitu anda dapat melihat pergerakan dron di udara. Tentunya semakin jauh dron berada semakin sukar untuk menentukan orientasi dron. Jika dron masuk ke mod ATTI, cara yang terbaik adalah dengan mengenakan input stik kawalan. Jika anda mengenakan input stik ke kiri dan dron bergerak ke kiri maka orientasi dron adalah bahagian belakang dron menghadap kepada anda. Sebaliknya, jika mengenakan input stik ke kiri dan dron bergerak ke kanan maka bahagian hadapan dron menghadap ke arah anda. Apabila anda mampu mengenal pasti arah orientasi dron, barulah mudah untuk menerbangkan dron mengikut arah yang anda inginkan.

3. Terbang pada altitud lebih tinggi.

Ia mungkin seperti bukan yang disangka kerana anda sepatutnya perlu mendaratkan dron, tetapi dron pilot pengalaman menasihatkan supaya terbangkan dengan lebih tinggi ketika dron masuk ke mod ATTI. Tentu ada sebab yang baik di sebalik nasihat ini. Menerbangkan dron dengan lebih tinggi bermakna kebarangkalian untuk dron melanggar sebarang halangan (bangunan, pokok sebagainya) adalah lebih rendah. Ia juga bermakna lebih tinggi posisi dron adalah lebih baik perhubungan/isyarat GPS, jadi anda dapat mengawal semula dron dengan bantuan mod GPS.

4. Gunakan Mod “Tripod” 

Mengaktifkan mod Tripod adalah baik apabila anda menerbangkan dron di dalam bangunan bersama mod ATTI. Kawalan penerbangan dengan mod Tripod adalah dihadkan membolehkan pergerakan yang lebih kemas dalam kawasan yang sempit dan terhad. Hanyutan(drift) juga adalah kurang apabila berada di dalam bangunan maka anda tidak perlu melawan daya hayutan dron dengan lebih kuat.

Kesimpulan

Menerbangankan dron dengan mod ATTI adalah tindakan serampang dua mata. Selain anda mampu menghasilkan rakaman video yang berkualiti sebagai jurugambar dron pilot professional, anda juga mampu menguasai teknik untuk mengelakan dron Flyaways. Dalam apa keadaan pun, berlatih menerbangkan dron dengan mod ATTI adalah sangat memberi manfaat. Situasi dron kehilangan GPS dan masalah kompas tidak berfungsi semasa penerbangan dron tidak boleh dielakan daripada berlaku. Terutamanya dengan mengambil kira gangguan isyarat di kawasan bandar dan perumahan. Begitu juga dengan di kawasan lembah, cerun bukit atau gunung juga boleh menghalang dron daripada mendapatkan isyarat GPS yang tepat.

Berlatih menerbangkan dron dengan mod ATTI adalah sangat mustahak dan ramai “expert ” dron pilot menegaskan kemahiran ini akan menyelamatkan dron anda satu hari nanti. Kita selalu mendengar banyak cerita kehilangan atau kemalangan kerana dron Flyaways berpunca dari kehilangan isyarat GPS dan masalah kompas tidak berfungsi dengan betul. Jadi adalah sukar untuk kita tidak bersetuju dengan penyataan ini.

Share this page

Looking for drone training or consulting?

Subscribe To Our Newsletter

Subscribe to our email newsletter today to receive updates on the latest drone news and regulations, tutorials and special offers!

You have successfully subscribed to the newsletter

There was an error while trying to send your request. Please try again.

Aerofleye will use the information you provide on this form to be in touch with you and to provide updates and marketing.