Jika anda ingin menerbangakan dron melintasi orang ramai anda perlu mendapatkan kebenaran khas daripada CAAM (Civil Aviation Authority of Malaysia). Anda hanya akan berjaya mendapatkan kelulusan operasi penerbangan dron jika anda boleh buktikan operasi dron adalah selamat kepada orang ramai yang berada di bawah laluan penerbangan dron. Apakah yang akan berlaku jika dron DJI Phantom atau Mavic Pro terhempas dari udara? atau dengan lebih tepat lagi melanggar kepala anda? Satu kajian selama 18 bulan oleh Alliance for Safety of UAS dikendalikan oleh Research Alliance (ASSURE) telah cuba mendapatkan jawapan kepada soalan ini.
Apa akan berlaku jika Dron DJI Phantom atau Mavic Pro melanggar kepala anda?
Kajian Phase II Ground Collision oleh ASSURE diketuai University of Alabama, Huntsville dan Mississippi State University, The National Institute for Aviation Research di Wichita State University dan lain-lain telah mendapatkan hasil kajian potensi kecederaan yang dialami akibat hentakkan dari pelanggaran antara dron dan manusia.
Selain dari kajian potensi kecederaan akibat hentakkan dari pelanggaran dron ini, penyelidik juga menetapkan matlamat untuk membangunkan satu metodologi ujian keselamatan dan menyerahkan kepada FAA bersama cadangan berkaitan.
Keputusan kajian ini mungkin memeranjatkan anda. Walaupun rakaman dilihat dramatik, penyelidik ASSURE mendapati dron kecil plastik ini adalah fleksibel dan agak bersifat anjal. Dron seperti DJI Phantom dan Mavic Pro sebenarnya mampu menyerap jumlah hentakkan tenaga yang tinggi kata David Arterburn, ketua penyelidik ASSURE. Dia juga mengatakan
“Salah anggapan yang biasa difahami umum adalah dron umpama batu jadi apabila ia mengena anda sakitnya seperti dilepar batu”
Kajian ASSURE adalah sangat menyeluruh. 512 ujian hentakkan telah dilakukan dengan menggunakan 16 jenis dron berbeza. termasuk dron popular seperti DJI Phantom dan Mavic Pro. Penyelidik juga menggunakan berbagai jenis “payload” (bateri, blok kayu) dengan berat antara 300 gram – 6 kilogram. Kajian ini juga menggunakan “dummy” badan penuh dan separa (kepala dan leher sahaja) selain Post Mortem Human Surrogate (cadaver) untuk ujian hentakkan.
Salah satu matlamat ASSURE adalah untuk menghasilkan metodologi yang berkesan dan digunakan untuk ujian komersial penerbangan dron bagi membantu mewujudkan satu standard keselamatan di peringkat dunia.
Kebanyakkan kecederaan biasa yang terhasil daripada hentakkan dron DJI Phantom dan Mavic Pro melanggar kepala manusia adalah luka dalam, calar luaran dan lebam pada bahagian kepala. Kecederaan teruk seperti hilang ingatan semetara akibat hentakkan adalah sukar untuk diperolehi. Selain itu ujian pada satu kes telah berlaku kerosakkan teruk kepada bahagian mata. ASSURE mendapati “propeller” yang berpusing laju pada dron quadcopter adalah punca utama kepada kecederaan mata. Antara cadangan ASSURE adalah menggunakan penghadang propeller akan dapat mengurangkan risiko.
Menurut Arterburn, bukan sahaja orang umum berminat untuk mengetahui lebih lanjut berkaitan risiko kecederaan apabila dron dan manusia bertembung, tetapi pembuat dron juga sangat memerlukan butiran kajian ini.
Pembuat dron sangat berminat dan memberi respon yang baik kepada hasil kajian ini. Meraka kini memperolehi standard yang jelas dan metodologi ujian yang dapat membantu ubahsuai rekabentuk bagi menambahbaik dan meningkatkan keselamatan produk meraka kepada orang ramai.
Kenyataan ini adalah jelas di mana syarikat penyedia perkhidmatan dron penghantar makanan atau ubatan akan melakukan penerbangan di kawasan bandar dan berkemungkinan terbang melintasi orang ramai. Namun buat masa ini di Malaysia masih belum ada syarikat yang mendapat kebenaran melakukan operasi dron penghantar secara komersial.
Perubahan rekabentuk dron hasil kajian ASSURE
Setakat ini, hasil kajian daripada ASSURE telah memberi kasan kepada rekabentuk dron. Sebelum ini kelajuan dan “payload” adalah keutamaan dalam merekabentuk pesawat dron tetapi kini penekanan adalah kepada keselamatan.
Pembuat dron kini boleh menilai rekabentuk berasaskan data ASSURE, kata Aterburn. ” Terdapat matrik yang mereka tidak ada sebelum ini.. apabila anda ada berat anggaran 3.5kg hingga 4.5kg, bentuk (mass) dan rekabentuk anjalan akan bergabung menyebabkan kecederaan lebih teruk.
Antara hasil kajian ASSURE adalah “payload” biasanya mempunyai stuktur keras boleh menyebabkan kecederaan lebih teruk.
Sebagai contoh, bateri jika berada diluar rangka dron boleh menyebabkan risiko kecederaan lebih teruk jika dibandingkan ia berada di dalam rangka dron yang tertutup.
Ada kemungkinan undang-undang dron akan dibuat bagi menetapkan jenis “payload” dan juga konfigurasi yang dibenarkan bagi dron penghantar. Sistem payung terjun (parachutes) seperti FruityChutes dan Indemis, dapat mengurangkan risiko dengan berkesan tetapi lebih banyak ujian kepada sistem ini perlu dilakukan dalam keadaan terkawal.
Walaupun kajian ASSURE berkaitan potensi kecederaan yang boleh berlaku apabila dron DJI Phantom dan Mavic Pro melanggar kepala adalah yang pertama tetapi ia adalah langkah yang sangat penting untuk membina sistem perkhidmatan dron penghantar yang selamat menjadi realiti.


Recent Comments